Nov 21, 2010

Ubah gelang Mak Long

Salam.

Sempena Hari Raya AidilAdha yang lepas, mak long saya ada suruh buat perubahan pada gelangnya. Gambar di bawah adalah gelang yang dibeli oleh mak long saya yang dulu tinggal di negeri Sabah. Mak long saya ni banyak koleksi gelang dan rantai jenis ini kerana beliau sememangnya gila dengan aksesori kristal dan mutiara.

Design lama menggunakan getah dan separator halfmoon. Gelang ini jarang dipakai kerana ianya agak besar kalau mahu dibandingkan dengan tangannya yang kecil.


Setelah diubah suai dengan menggunakan dawai suasa 14K. Design ni bukan design baru tapi memberikan satu perubahan dalam penggayaannya. Satu unit gelang getah boleh dapat 2 unit gelang ikat suasa. Selebihnya saya buatkan pin kristal yang ringkas secara percuma. Hanya Rm15 untuk satu unit gelang suasa.

p/s: Harap maklum. MC hanya mengambil upah untuk menukar rekaan gelang yang lama kepada rekaan baru. Bahan adalah kepunyaan sendiri...

No comments:

Post a Comment