Nov 21, 2010

Mak Long lagi lagi

Kan dah kata. Mak long saya ni memang gila aksesori kristal dan mutiara. Seutas gelang mutiara ikat getah telah diubah suai menjadi 2 unit gelang mutiara ikat suasa 14k. Dulunya, mutiara ini diikat dengan getah. Sekarang dia suruh saya ikat dengan suasa 14k pula. Memang cantik bila dipakai untuk menghadiri acara kenduri kahwin atau pun dipakai buat basahan (seharian)

p/s: RM 20 sahaja. Mutiara adalah milik sendiri.

Jam Kristal


Jam kristal ini MC jual dengan harga RM35 seunit tak termasuk postage. Kalau nak warna lain pun boleh juga.

Loket untuk dijual

Semua loket ni bersaiz besar

tiger eyes bentuk hati
warna kuning bentuk segi empat
warna hitam bentuk segi empat

1 = RM20
3 = RM55
exclude postage

Mak Long lagi

Gelang mutiara air tawar yang diikat dengan getah. Dia kata, kau buatlah ikut suka hati asalkan cantik. So, saya buatlah macam kat bawah ni ;

Saya menggunakan memory wire 1line sebab mak long kata nak yang ringkas sahaja. Saya letakkan montee sebagai separator. Maaf, gambar kurang jelas sebab LUMIX FS15 saya hilang. Gambar ini ditangkap hanya dengan menggunakan kamera handphone 3.2mp.

Ini adalah contoh gambar montee...

p/s: yang ini berharga RM5 sahaja sebab 1 line. Kalau banyak line, harga juga bertambah :)

Ubah gelang Mak Long

Salam.

Sempena Hari Raya AidilAdha yang lepas, mak long saya ada suruh buat perubahan pada gelangnya. Gambar di bawah adalah gelang yang dibeli oleh mak long saya yang dulu tinggal di negeri Sabah. Mak long saya ni banyak koleksi gelang dan rantai jenis ini kerana beliau sememangnya gila dengan aksesori kristal dan mutiara.

Design lama menggunakan getah dan separator halfmoon. Gelang ini jarang dipakai kerana ianya agak besar kalau mahu dibandingkan dengan tangannya yang kecil.


Setelah diubah suai dengan menggunakan dawai suasa 14K. Design ni bukan design baru tapi memberikan satu perubahan dalam penggayaannya. Satu unit gelang getah boleh dapat 2 unit gelang ikat suasa. Selebihnya saya buatkan pin kristal yang ringkas secara percuma. Hanya Rm15 untuk satu unit gelang suasa.

p/s: Harap maklum. MC hanya mengambil upah untuk menukar rekaan gelang yang lama kepada rekaan baru. Bahan adalah kepunyaan sendiri...